Friday, 15 September 2017

POWTOON


Hasil carian imej untuk ASSALAMUALAIKUM GIF

Assalamualaikum..
kali ni tugasan lain pulak dn merupakan tugasan ke-6. Dalam tugasan ini, saya perlu menerangkan semua maklumat mengenai objectif pembelajaran Chapter 9 (Operating System) dalam bentuk interaktif video dengan menggunakan aplikasi online Powtoon. Video ini hendaklah dibuat dengan berdurasi video 2 hingga 3 minit. Tugasan ini adalah penting kerana markah total adalah 20 markah,😱 sangat banyak bagi saya.πŸ˜₯πŸ˜₯πŸ˜₯

Pengalaman saya dalam menghasilkan video Powtoon ni adalah saya berasa sangat teruja kerana aplikasi Powtoon mengandungi pelbagai animasi yang menarik.😊 Saya tidak pernah membuat video menggunakan aplikasi ini sebelum ini, jadi sebagai permulaan, saya berasa agak sukar untuk membuatnya. Sepanjang saya menyiapkan video ini, saya juga mengalami tekanan juga kerana wifi connection di kolej kediaman saya KHAR bukan selalu ada. Pada siang hari saya cuba untuk siapkan tapi tidak tercapai oleh kerana wifi connection sentiasa putus. Bayangkan selama beberapa minit adjust sedikit slide, kemudiannya putus dan untuk dia connect balik mengambil masa yang agak lama. Jadi saya membuat keputusan untuk berjaga pada waktu tengah malam sehingga pagi untuk menyiapkan tugasan ini kerana pada waktu tengah malam,🐦 wifi tidak putus dan saya rasa itu sahaja jalan untuk menyiapkan tugasan ini. Akhirnya saya dapat juga menyiapkan tugasan ini, walaupun saya rasa tidaklah sebegitu baik kerana keadaan wifi yang selalu sahaja putus.πŸ˜” Walaubagaimanapun, saya berasa gembira kerana saya dapat belajar aplikasi Powtoon melalui tugasan yang diberi oleh En. Fadhil. Saya rasa aplikasi ini adalah baik untuk pendidkan, perniagaan dan sebagainya kerana ia sangat2 membantu.πŸ’“

Sekian sahaja pengalaman saya πŸ’ͺπŸ’ͺ dan berikut di bawah adalah hasil video saya menggunakan aplikasi PowtoonπŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

YOUTUBE - https://www.youtube.com/watch?v=CEoRnvpbtx8





atau
Selamat menonton dan terima kasih !

Hasil carian imej untuk selamat menonton gif


Friday, 1 September 2017

MEMBUAT SOALAN BESERTA JAWAPAN

Assalamualaikum semua... 
minggu ni adalah tugasan membuat soalan beserta jawapan pulak. Kami diberi tugasan membuat 5 soalan objektif beserta jawapan berdasarkan Chapter 6 secara berkumpulan iaitu 2 orang satu kumpulan. Tugasan kali ni dibuat dengan menggunakan konsep yang sama seperti tugasan lepas, menggunakan 'hyperlink'. Kami hendaklah membuat soalan beserta jawapan yang betul, apabila kita click pada jawapan yang betul sahaja akan pergi pada soalan seterusnya. Apa yang saya dapat daripada tugasan ini adalah, saya dapat belajar bagaimana rasa membuat soalan objektif beserta sedikit penyataan soalan dan juga jawapan betul dan salah. 
Di bawah merupakan hasil tugasan saya dan partner. πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡


Monday, 28 August 2017

POWER POINT

Hasil carian imej untuk ASSALAMUALAIKUM GIF

Minggu ni saya diberi tugasan untuk membuat power point beserta video di dalamnya. Tugasan ini hendaklah dibuat beserta dengan button-button yang berfungsi untuk click. Dengan hanya click pada button tersebut, ia akan pergi pada slide-slide yang tertentu. Satu ilmu baru bagi saya dalam tugasan ini adalah penggunaan 'hyperlink', tulisan bergerak-gerak dan banyak lagi. Terima kasih En Fadhil sebab share ilmu ni..πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„

πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

Saturday, 12 August 2017

MOVIE MAKER

 πŸŒΉAssalamualaikum semua 🌹
Kite berjumpa lagi untuk tugasan yang ke-3 Movie Maker.

Kami diberi arahan oleh pensyarah kami untuk membuat tugasan movie maker ini secara berkumpulan 2 orang. Tugasan ini hendaklah berunsurkan pendidikan yang berdurasi kurang daripada 3 minit. 
Sebelum membuat tugasan ini, saya dan partner saya tidak mempunyai software movie maker dalam laptop. Bukan itu sahaja, malah kami tidak mengetahui cara-cara membuat movie maker. Ini membuatkan kami agak sukar sedikit untuk membuat tugasan ini kerana memerlukan masa untuk mengenal software tersebut. Disebabkan oleh pensyarah kami, En. Fadhil Harfiez tidak menyebut pendidikan itu untuk peringkat apa, maka kami membuat tajuk yang khas untuk pelajar sekolah rendah.heheheπŸ˜„. Walaubagaimanapun, ini adalah satu ilmu baru buat kami berdua dan hasil kerjasama, akhirnya kami berhasil membuat sebuah video pendek ini walaupun tidak berapa baik. Huhuhu.😌
Saya dan partner memilih tajuk 'MARVELLOUS MATHEMATICS' yang dikhaskan untuk budak Tahun 1 Sekolah Rendah.😁

Maka, di bawah πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡adalah hasil video yang kami buat.




Wednesday, 2 August 2017

MEMBUAT SIJIL MENGGUNAKAN MAIL MERGE


Assalamualaikum semua, 🌻 selepas beberapa minggu tidak diberi tugasan untuk subjek MKA2013 ni, maka minggu ni iaitu minggu cuti mid semester bermulalah pula masa untuk meng’update’ blog tugasan kedua, iaitu tugasan membuat sijil menggunakan Mail Merge. Walaupun cuti ni cuti mid semester berat juga dikatakan sebab banyak juga assignment, tugasan, dan lab report yang perlu disiapkan. Walaubagaimanapun, saya cuba juga membuat tugasan ini dengan sebaik-sebaiknya. Hehehe. πŸ˜ƒ




Itulah dia tugasan yang perlu dibuat untuk minggu ini, membuat sijil menggunakan mail merge.
Perkara pertama yang perlu buat untuk tugasan ini adalah membuat sijil di dalam Microsoft Word terlebih dahulu mengikut perkara-perkara yang perlu ada seperti yang diberitahu di dalam arahan. 

1. Meletakkan logo PPD dan logo sekolah, 
2. Sijil Penyertaan (tulisan ikut kreativiti), 
3. nama pelajar, 
4. nombor kad pengenalan pelajar, 
5. anjuran, 
6. nama program, 
7. tempat dan tarikh program, 
8. tandatangan pegawai pendidikan daerah dan tandatangan pengetua sekolah. 

Seperti berikut :




Kemudian barulah letak boarder di dalam sijil tersebut. Cara letak boarder, 

9. Pergi dekat page layout kemudian cari ribbon page background dan pilih page boarder yang korang minat. Warna pun boleh ubah tau. Jadi jangan risau kalau korang tak minat warna boarder tu.πŸ’•





Dan akan keluar macam ni πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡




Lepastu kalau nak cantik lagi bolehlah letak watermark. Dengan cara yang sama juga macam buat boarder,

10. Dalam ribbon yang sama, sebelah page boarder tu hujung balik kiri tu ada watermark, click dan pilih yang duduk menegak di tengah-tengah.



Nampak kan watermark kat tengah-tengah tu.. haaa.. jadi siap dah sijil kita ni.. πŸ˜ƒ


Lepastu.......



Tadaaaa…. Atas tu sijil full yang dah siap.. cantik tak? Hehehe. Masa untuk memuji hasil buatan sendiri.
Tapi.. kenapa sijil satu je ? sedangkan arahan nak 10 sijil bagi pelajar yang terlibat dengan program tersebut. Haaa.. maka next step kita adalah penggunaan mail merge.


Mail merge ni senang je sebenarnya. Berikut cara-cara untuk mebuat mail merge.

1. Mula-mula click mailing dekat board atas tu, lepas tu start mail merge and then pilih step by step mail merge wizard. Macam ni πŸ‘‡




2. Kemudian, dia akan terus keluar satu board dekat tepi balik kanan 




3. Ada jumpa step-step dekat bawah board tu kan, ada 6 step. Click saja step-step dekat bawah tu. 
Click Next : starting document




4. Click Next: select recipient




5. Kemudian, dekat step 3 ni kita perlu click type a new list dan click create.
Tujuan click dekat type a new list ni untuk masukkan maklumat-maklumat yang perlu ada dalam sesuatu sijil, surat atau dokumen-dokumen lain. Untuk tugasan ni, nama-nama dan no kad pengenalan pelajar yang terlibat dengan program perlulah menjadi subjek yang perlu ditukar untuk penglibatan seramai 10 orang pelajar.
  



6. Click customized columns dahulu  barulah delete yang mana tak diperlukan di dalam kotak field names ataupun tinggalkan dua sahaja subjek kemudian rename untuk menjadi pengganti kepada sesuatu maklumat iaitu NAMA PELAJAR dan NO KAD PENGENALAN PELAJAR.




7. Bila keluar table dua column tu, isi 10 nama dan nombor kad pengenalan pelajar yang terlibat dalam program. Kemudian click OK.
Contoh yang dah siap table πŸ‘‡




8. Click Next : write your letter  



9. Kemudian, highlight pada nama pelajar di dalam sijil tersebut, kemudian click pada more items akan keluar NAMA PELAJAR dan Insert. Tujuan adalah untuk gantikan NAMA PELAJAR yang dijadikan subjek itu ke dalam sijil tersebut pada tempat nama pelajar ditulis. Selepas itu, close. Cara yang sama dibuat untuk NO KAD PENGENALAN PELAJAR.




10. Akhirnya akan keluar seperti ini πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡




11. Click next : preview your letter




12. Cuba korang perhatikan bile korang click ke kanan recipients tu, korang akan lihat nama dan no. kad pengenalan pelajar tu berubah-ubah. Maknanya jadilah tu korang punya sijil menggunakan mail merge….huhu. Lepas tu jangan lupa click complete the merge tau! takut nanti yang terlalu excited tu terlupa nak next step.hihi.πŸ˜€πŸ˜πŸ˜




13. Step terakhir , nampak kan perkataan edit individual letter tu , click dan lihatlah hasilnya.

Hasilnya…..


Jadi, selesai sudah buat sijil – sijil ni semua. Nampak saje macam rumit, tapi sebenarnya mudah je kan. Make sure korang FOLLOW step-step tu, insyaAllah tak sesat.πŸ˜ƒ Step nampak banyak, tpi bagi orang yang kurang cekap ni dapat membantu nak buat sijil-sijil ni. Terutamanya penggunaan Mail Merge ni sangat membantu, bermakna tak perlu tulis satu nama dan print kemudian ganti nama pelajar lain dan print dan begitulah seterusnya kerana merumitkan. Sebenarnya ini sememangnya cara untuk membuat sijil yang sebenar. Saya berharap step-step yang telah saya nyatakan tu membantu kawan-kawan yang menghadapi masalah nak buat sijil ni.😁 Saya pun berasa tenang sebab dah pun siap tugasan untuk minggu ni. Bolehlah saya fokus pula pada assignment lain.hehehe…😌😌😌

Link di bawah ini merupakan hasil tugasan yang diarahkan.πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

πŸ‘‰SIJIL PENYERTAAN 
https://drive.google.com/file/d/0B7r1cNTIM68mT3BDdE41bnZkeW8/view?usp=sharing

πŸ‘‰ Data base 
https://drive.google.com/file/d/0B7r1cNTIM68mQkd0dGZ1V0dLdFE/view?usp=sharing

πŸ‘‰SIJIL PENYERTAAN 10 PELAJAR
https://drive.google.com/file/d/0B7r1cNTIM68mTThHNjc1dzF5RUU/view?usp=sharing

Baiklah, ini sahaja daripada saya. Harap membantu. Jumpa lagi di masa terdekat juga ni. Tugasan baru akan menyusul nanti. Hehehe. 


Imej yang berkaitan

Saturday, 8 July 2017

KRITIK - KRITIK BLOG



Hasil carian imej untuk ANIMATION HAI GIF
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua....😁 pada minggu ke-4 kuliah Diploma Sains sem 4 di UPSI ini, saya Siti Sarah binti Abdullah (E20161013591) diberi tugasan pertama untuk subjek MKA2013 di bawah pensyarah Encik Fadhil Harfiez bin Abdul Muttalib iaitu Kritik Blog. Untuk tugasan yang pertama ini, saya dan rakan2 hendaklah mengkritik 5 blog yang berlainan. Untuk kelima-lima blog itu saya perlu menyatakan kelebihan dan kelemahannya. Pada masa yang sama, kami juga perlu membuat blog sendiri dan mengisi kesemua tugasan-tugasan ke dalam blog tersebut. Semestinya pada setiap blog itu ada kelemahan dan kelebihan bila kita membacanya kan?πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜… jadi berikut di bawah saya nyatakan sedikit sebanyak kelebihan dan kelemahan.....



 πŸ‘‰ IMAN LILY (http://imanlily.blogspot.my/)




Blog ini mempunyai karya-karya yang merupakan hakcipta pemilik blog sendiri tau.πŸ˜ƒ Di dalam blog tersebut mempunyai sedikit sebanyak cerpen dan novel yang bermanfaat hasil karya penulis sendiri. Jalan ceritanya semua juga agak menarik.πŸ™† Blog ini sesuai untuk sesiapa yang gemar membaca novel di mana jalan ceritanya agak panjang. Maka, bolehlah sesiapa mengisi masa terluang dengan membaca blog tersebut.



KELEBIHAN

πŸ“ Terdapat karya-karya yang menarik
πŸ“ Karyanya mudah dibaca dan difahami
πŸ“ Susunan jalan cerita yang teratur
πŸ“ Mempunyai blog yang cantik


KELEMAHAN

πŸ“ Latar belakang yang kurang menarik
πŸ“ Tidak mempunyai foto-foto menarik untuk setiap cerpen
πŸ“ Membosankan kerana terlalu banyak tulisan
πŸ“ Tiada widget menarik



 πŸ‘‰ MENITI IMPIAN (http://meniti-impian.blogspot.my/)


Blog ini pula terdapat banyak cerpen-cerpen tentang cinta yang berbeza dari segi jalan cerita dan kisahnya bagi setiap cerpen. Bagi orang yang berminat dengan kisah- kisah cinta πŸ’•, blog ini juga boleh dijadikan blog kegemaran kerana jalan ceritanya ada ala-ala korea 😱😱😱. Maklumlah sekarang ini, drama-drama korea menjadi kegemaran dalam kalangan golongan dewasa. Betul tidak? termasuk saya. Hehehe.😁



KELEBIHAN

πŸ“ Penggunaan design yang sesuai dengan cerpen yang bergenre cinta
πŸ“ Banyak foto-foto yang menarik membuatkan pembaca tertarik 
πŸ“ Jalan cerita yang agak menarik
πŸ“ Penggunaan bahasa yang baik dan mudah difahami
πŸ“ Banyak pengajaran yang boleh diambil bagi setiap cerpen dalam percintaan
πŸ“ Sesuai untuk golongan dewasa


KELEMAHAN

πŸ“ Mengambil masa untuk scroll ke bawah akibat jalan cerita yang terlalu panjang
πŸ“ Design blog yang terlalu simple membuat pembaca kurang tertarik
πŸ“ Tidak sesuai untuk golongan remaja dan kanak-kanak



 πŸ‘‰ MERAH BEE (http://mishoneybee.blogspot.my/)




Bagi saya, blog inilah antara blog yang menarik bagi saya kerana bukan setakat cerpennya yang bagus jalan ceritanya, malahan mempunyai lagu-lagu yang sesuai dengan cerpen tersebut. Ini menambahkan lagi perhatian pembaca untuk terus membaca. Bagi saya blog ini baik bagi pembaca yang suka membaca sesuatu sambil mendengar lagu supaya dapat feel gitu...😁 Kandungan blog ini adalah juga cerpen-cerpen bergenre cinta.πŸ’˜πŸ’–



KELEBIHAN

πŸ“ Design blog yang sangat cantik dan sesuai dengan karya penulis
πŸ“ Mempunyai lagu-lagu yang sangat sesuai dengan cerpen
πŸ“ Jalan cerita yang teratur dan mudah difahami
πŸ“ Mempunyai foto di samping setiap cerpen
πŸ“ Bahasa yang baik dan senang difahami
πŸ“ Penulisan yang kemas sesuai untuk tema blog


KELEMAHAN

πŸ“ Tiada kelemahan


 πŸ‘‰ TUBELAWAK (http://tubelawak.blogspot.my/)


Blog ini mempunyai info-info yang berguna untuk pembaca yang ingin disampaikan oleh penulis blog. Saya agak suka juga baca blog ini oleh kerana mempunyai unsur lawak jenaka di setiap info atau artikel yang ingin disampaikan oleh penulis blog. Walaupun juga terdapat unsur-unsur mengarut dan pelik πŸ˜•tetapi ada perkara yang ingin dinyatakan oleh penulis. Blog ini sesuai juga dibaca oleh semua pembaca.πŸ’ͺ


KELEBIHAN

πŸ“ Mempunyai  info-info penting yang berguna kepada diri sendiri dan masyarakat
πŸ“ Bahasa yang ringkas dan mudah dibaca oleh pembaca
πŸ“ Mempunyai unsur lawak jenaka bertujuan untuk menghiburkan pembaca
πŸ“ Susunan info-info yang teratur , tidak berterabur


KELEMAHAN

πŸ“ Blog yang terlalu mudah dan ringkas
πŸ“ Jarang update blog
πŸ“ Design blog yang tidak menarik 
πŸ“ Terdapat juga unsur-unsur mengarut
πŸ“ Blog yang agak membosankan dan tidak menarik perhatian


 πŸ‘‰ FATIN SUHANA (http://fatinsuhana.blogspot.my/)




Blog ini pula dimiliki oleh seorang fasionista model muslimah. Banyak cerita pasal life dia yang mana dia pergi travel ✈🏩, online shopping πŸ‘—, keluarga dia πŸ‘ͺdan lain-lain. Blognya  diselitkan dengan gambar-gambar yang menarik. Blog ini sesuai untuk peminat-peminat fesyen serta ingin mengetahui pengalaman-pengalaman dia tentang tempat-tempat yang dia telah pergi.



KELEBIHAN

πŸ“ Design blog yang cantik , sesuai dengan keperibadian kepunyaan blog ini sendiri.
πŸ“ Banyak info tentang kosmetik-kosmetik untuk kecantikan diri
πŸ“ Mudah untuk mencari info yang diperlukan kerana tiada iklan di dalam blog
πŸ“ Mempunyai video tutorial tentang pemakaian produk kosmetik disertakan dengan testimoni
πŸ“ Mempunyai foto-foto produk kosmetik yang disebut oleh penulis
πŸ“ Bahasa yang mudah difahami


KELEMAHAN

πŸ“ Susunan blog yang tidak teratur
πŸ“ Terlalu simple dan tidak menarik daripada segi warna
πŸ“ Terlalu banyak tentang penggunaan kosmetik



πŸ’Oleh itu, selesai sudah tugasan pertama saya Kritik - Kritik Blog. Saya harap saya dapat markah banyak daripada En. Fadhil Harfiez untuk tugasan dan blog ini.... hehehehehe.πŸ˜„ Sekian sahaja daripada saya. Sekian terima kasih.🌹



Imej yang berkaitan