Wednesday, 2 August 2017

MEMBUAT SIJIL MENGGUNAKAN MAIL MERGE


Assalamualaikum semua, 🌻 selepas beberapa minggu tidak diberi tugasan untuk subjek MKA2013 ni, maka minggu ni iaitu minggu cuti mid semester bermulalah pula masa untuk meng’update’ blog tugasan kedua, iaitu tugasan membuat sijil menggunakan Mail Merge. Walaupun cuti ni cuti mid semester berat juga dikatakan sebab banyak juga assignment, tugasan, dan lab report yang perlu disiapkan. Walaubagaimanapun, saya cuba juga membuat tugasan ini dengan sebaik-sebaiknya. Hehehe. 😃




Itulah dia tugasan yang perlu dibuat untuk minggu ini, membuat sijil menggunakan mail merge.
Perkara pertama yang perlu buat untuk tugasan ini adalah membuat sijil di dalam Microsoft Word terlebih dahulu mengikut perkara-perkara yang perlu ada seperti yang diberitahu di dalam arahan. 

1. Meletakkan logo PPD dan logo sekolah, 
2. Sijil Penyertaan (tulisan ikut kreativiti), 
3. nama pelajar, 
4. nombor kad pengenalan pelajar, 
5. anjuran, 
6. nama program, 
7. tempat dan tarikh program, 
8. tandatangan pegawai pendidikan daerah dan tandatangan pengetua sekolah. 

Seperti berikut :




Kemudian barulah letak boarder di dalam sijil tersebut. Cara letak boarder, 

9. Pergi dekat page layout kemudian cari ribbon page background dan pilih page boarder yang korang minat. Warna pun boleh ubah tau. Jadi jangan risau kalau korang tak minat warna boarder tu.💕





Dan akan keluar macam ni 👇👇👇




Lepastu kalau nak cantik lagi bolehlah letak watermark. Dengan cara yang sama juga macam buat boarder,

10. Dalam ribbon yang sama, sebelah page boarder tu hujung balik kiri tu ada watermark, click dan pilih yang duduk menegak di tengah-tengah.



Nampak kan watermark kat tengah-tengah tu.. haaa.. jadi siap dah sijil kita ni.. 😃


Lepastu.......



Tadaaaa…. Atas tu sijil full yang dah siap.. cantik tak? Hehehe. Masa untuk memuji hasil buatan sendiri.
Tapi.. kenapa sijil satu je ? sedangkan arahan nak 10 sijil bagi pelajar yang terlibat dengan program tersebut. Haaa.. maka next step kita adalah penggunaan mail merge.


Mail merge ni senang je sebenarnya. Berikut cara-cara untuk mebuat mail merge.

1. Mula-mula click mailing dekat board atas tu, lepas tu start mail merge and then pilih step by step mail merge wizard. Macam ni 👇




2. Kemudian, dia akan terus keluar satu board dekat tepi balik kanan 




3. Ada jumpa step-step dekat bawah board tu kan, ada 6 step. Click saja step-step dekat bawah tu. 
Click Next : starting document




4. Click Next: select recipient




5. Kemudian, dekat step 3 ni kita perlu click type a new list dan click create.
Tujuan click dekat type a new list ni untuk masukkan maklumat-maklumat yang perlu ada dalam sesuatu sijil, surat atau dokumen-dokumen lain. Untuk tugasan ni, nama-nama dan no kad pengenalan pelajar yang terlibat dengan program perlulah menjadi subjek yang perlu ditukar untuk penglibatan seramai 10 orang pelajar.
  



6. Click customized columns dahulu  barulah delete yang mana tak diperlukan di dalam kotak field names ataupun tinggalkan dua sahaja subjek kemudian rename untuk menjadi pengganti kepada sesuatu maklumat iaitu NAMA PELAJAR dan NO KAD PENGENALAN PELAJAR.




7. Bila keluar table dua column tu, isi 10 nama dan nombor kad pengenalan pelajar yang terlibat dalam program. Kemudian click OK.
Contoh yang dah siap table 👇




8. Click Next : write your letter  



9. Kemudian, highlight pada nama pelajar di dalam sijil tersebut, kemudian click pada more items akan keluar NAMA PELAJAR dan Insert. Tujuan adalah untuk gantikan NAMA PELAJAR yang dijadikan subjek itu ke dalam sijil tersebut pada tempat nama pelajar ditulis. Selepas itu, close. Cara yang sama dibuat untuk NO KAD PENGENALAN PELAJAR.




10. Akhirnya akan keluar seperti ini 👇👇👇




11. Click next : preview your letter




12. Cuba korang perhatikan bile korang click ke kanan recipients tu, korang akan lihat nama dan no. kad pengenalan pelajar tu berubah-ubah. Maknanya jadilah tu korang punya sijil menggunakan mail merge….huhu. Lepas tu jangan lupa click complete the merge tau! takut nanti yang terlalu excited tu terlupa nak next step.hihi.😀😁😁




13. Step terakhir , nampak kan perkataan edit individual letter tu , click dan lihatlah hasilnya.

Hasilnya…..


Jadi, selesai sudah buat sijil – sijil ni semua. Nampak saje macam rumit, tapi sebenarnya mudah je kan. Make sure korang FOLLOW step-step tu, insyaAllah tak sesat.😃 Step nampak banyak, tpi bagi orang yang kurang cekap ni dapat membantu nak buat sijil-sijil ni. Terutamanya penggunaan Mail Merge ni sangat membantu, bermakna tak perlu tulis satu nama dan print kemudian ganti nama pelajar lain dan print dan begitulah seterusnya kerana merumitkan. Sebenarnya ini sememangnya cara untuk membuat sijil yang sebenar. Saya berharap step-step yang telah saya nyatakan tu membantu kawan-kawan yang menghadapi masalah nak buat sijil ni.😁 Saya pun berasa tenang sebab dah pun siap tugasan untuk minggu ni. Bolehlah saya fokus pula pada assignment lain.hehehe…😌😌😌

Link di bawah ini merupakan hasil tugasan yang diarahkan.👇👇👇

👉SIJIL PENYERTAAN 
https://drive.google.com/file/d/0B7r1cNTIM68mT3BDdE41bnZkeW8/view?usp=sharing

👉 Data base 
https://drive.google.com/file/d/0B7r1cNTIM68mQkd0dGZ1V0dLdFE/view?usp=sharing

👉SIJIL PENYERTAAN 10 PELAJAR
https://drive.google.com/file/d/0B7r1cNTIM68mTThHNjc1dzF5RUU/view?usp=sharing

Baiklah, ini sahaja daripada saya. Harap membantu. Jumpa lagi di masa terdekat juga ni. Tugasan baru akan menyusul nanti. Hehehe. 


Imej yang berkaitan

1 comment:

  1. Salam.

    boleh saya tahu jenis font yang digunakan untuk buat sijil diatas.

    Terima kasih

    ReplyDelete